Duniaku indah keranaMU....

Terima kasih Ya Rabbi..kerana sekelilingku..Engkau hadirkan insan-insan yang penuh kasih dan cinta..semoga cinta dan kasih kami hanya dapat dilayarkan sesungguhnya keranaMu..

December 14, 2012


HYEEE...=)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, secara umumnya ramai yang ingin berdiet untuk mendapatkan berat badan yang unggul tetapi sering kali GAGAL. Ini kerana mereka berdiet tetapi melakukan banyak kesilapan paling besar untuk berdiet. Kesilapan berikut TIDAK akan membantu mereka kurangkan berat badan. Berikut disenaraikan 10 kesilapan paling besar untuk berdiet yang dikongsikan oleh Kevin Zahri iaitu seorang pelatih peribadi dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam dunia kesihatan dan kecergasan..


1. Skip hidangan
- Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.

2. Cuma makan 3 hidangan sehari
- 3 Hidangan TAK cukup untuk mengawal nafsu makan dan meningkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.

3. Makan tak cukup
- Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

4. Elak nasi
- Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.

5. Ikut diet membuta
- Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.

6. Harapkan makanan tambahan
- Herbalife anyone? Tiada masalah dengan Herbalife atau mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.


7. Tak tahu keperluan kalori diri
- Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.

8. Elak makanan tempatan
- Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.

9. Terlalu fokus kepada satu perkara
- Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.

10. Diet jangka masa pendek
- Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.

P/s: Jadi yang nak berdiet tu pastikan jangan membuat kesilapan seperti ini lagi ye.. Semoga berjaya :)

December 3, 2012

Saat Ujian Bertandang...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari demi hari di lalui..sebilangan hari yang di lalui seperti biasa..sebilangan hari lagi dilalui dengan sangat sukar..sebilangan hari lagi dilalui dengan senyuman..tetapi hati berdarah...
sungguh..hati ini sangat kecil..tetapi hati yang kecil ini sangat besar impaknya bila sesuatu terjadi padanya..kini..saat Allah memandangku...ketika DIA memandangku..DIA bawakan 'Hadiah' untukku...itulah hadiah sebuah Ujian...semoga dengan ujian itu hatiku yg dimiliki sepenuhnya oleh DIA makin dekat lagi denganNYA...subhanaallah..tiada kekuatan utk ku menghadapinya..di saat aku jauh dari nasihat abah dan mama..di saat aku jauh dr jemaah..di saat aku jauh dr sahabat ku tecer Nurhaizah...kata2 keramatnya sentiasa ku bawa kemana2..'sabar'..ujian dan dugaan itu hanya utk org2 yg terpilih sahaja...hatiku umpama terkena siraman ais batu..tenang seketika..tp fikiran masih buntu...terlalu banyak persoalan yang bermain di minda dan d hati..terkadang ada rasa utk mempersoalkan apa yg terjadi..lantas bibir segera beristighfar.."bie...kenapa perlu kecewa dgn sesuatu yang bukan milikmu..lantas yang memilikimu sahaja sudah cukup membahagiakanmu..kerana DIA yg memilikimu  maha segala2nya..=) syukur..aku masih mampu tersenyum..masih mampu menghiburkan org2 sekeliling..

Teringat kata-kata semangat dari belahan jiwa si'pemelihara agama'..apa yg hilang pasti Allah gantikan dengan yang lebih baik..sgt2 yakin dgn ayat itu..keyakinan itu bukan hanya di bibir..tp sedang meresap keseluruh urat nadi..kembali bermuhasabah diri..justeru..ku pahatkan sedalam2nya ke dlm jiwa,hati dan fikirku..mulai sekarang..aku perlu bermujahadah untuk menjadi yang lebih baik..agar Allah sediakan yg terbaik buatku...tiada tempat utkku merintih..tiada tempat utk bersedih..kerana segenap kesedihan pasti dibalas dgn kebahagiaan..hanya menunggu saat dan masa itu tiba..ya!!! bangkitlah dr kesedihan yang membelenggu!!! tiada guna kecewa dengan tingkah manusia..kerana lumrahnya manusia tiada yang sempurna..

Buat belahan jiwaku si'pemelihara agama'......Allah maha bijak mengatur sesuatu..apa yang dikehendakiNYA..pasti akan terjadi..semoga sentiasa dlm Redha dan Kasih Sayang Allah....ameen...

~Untukmu tak ada Masalah~....

March 19, 2012

Kebimbanganku....







Sebelum mata ini terlena
Sebelum jasad ini rebah
Sebelum jiwa ini melayang,
Hatiku bimbang, bimbang, dan terus bimbang,
Kebimbangan ini, membuatkan diriku takut.
Takut untuk memejamkan mata.

Andaikata hari ini adalah hari terakhirku,
Hatiku bimbang bila mengenangkan dosaku padaMU,
Hati yang masih kotor, jiwa yang tersangat lemah,
Hatiku bimbang, memikirkan dosaku dengan makhlukMU yang lain..
Sedangkan aku, masih belum memohon ampun dari mereka…

Kebimbangan ini…
Membuatkan diriku tertanya,
Adakah masih ada peluang untukku bernafas esok hari?
Andaikata Engkau memberi peluang untukku hidup
Diriku masih bimbang…
Kerana ku bimbang,
Adakah peluang itu akan ku manfaatkan sebaik mungkin?
Adakah peluang itu akan memberi ruang untukku bertahajud padaMu
Adakah peluang itu akan memilihku menjadi tetamu di RumahMU.

Namun, apapun, KU MOHON..
Andaikata peluang itu masih terbuka,
Maka terimalah taubatku…
Lembutkanlah hati2 makhlukMu untuk memaafkan diriku
Bagilah kesempatan untukku bertahajud padaMU
Pilihlah aku menjadi tetamuMU di kala subuh hari.
Berilah padaku kekuatan untuk bermujahadah.
HANYA PADAMU KU KEMBALI.
KU BERSERAH SEGALANYA…

March 15, 2012

ANDAI BENAR AKU MENJADI PILIHANMU....

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.


Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya...
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.

Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”
Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu. Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju. Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu. Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.

Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba...
.




















TASBIH CINTA....

Tasbih Cinta~~

Sebutir demi sebutir tasbih ku gerakkan dijemariku...
Bibirku pula tak henti-henti meratib asma' yang satu...
Hati ini buntu..
Hati ini dihambat resah..Hati ini pilu..
Hati ini sakit..
Hati ini bingung..

Apa sebenarnya yang ku mahu???
Suara hatiku mengasak soal dalam qalbu..
Hanya DIA yang ku mahu..
Hanya DIA yang ku rindu..
Hanya DIA yang ku perlu..
Hanya DIA..DIA..dan DIA..

Tapi fana dunia sering menghambat perjalananku..
TUHAN ku..
Hamba hina kembali bersujud pada-MU..
Ampunkan segala khilafku..
Pimpinilah langkah perjalananku..
Hamba kerdil tertunduk merayu..
Ampuni hambamu wahai TUHAN ku..


March 1, 2012

Lelaki Acuan Al-Quran...

Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan Ilmu
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan Ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai mush yang bersifat jembalang

Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menghormati Ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan Isteri mendalami Agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan Al-Quran sentiasa bersedia utk agamanya
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca dan bekerja
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya dengan penuh kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran....


* dedikasi buat sahabat baik dunia akhiratku..yang pada dirinya ku melihat ciri lelaki acuan Al-Quran..si 'Pemelihara Agama'...



February 7, 2012

Tanda ingatan buat anak-anak 'FRUIT'...

anak-anak 'FRUIT' yang manis2..hehe
 budak baru bangun tidur..masih bad mood...hihi
 monyoknyaa adik farahiya....alalala
 lovely yana....
 sayang semuanyaaa....hugs!!
 with Yana n Farahiyah adeeba...n kakak ujik..mom izza..=)
 peace!!



 farahiyah n ezmal...rinduuu....
 farahiya n ezni Haziq....peace ejni..hihi
 'saaaayaaaang kakak bu...' said ezni...^_^
 with Dhiya...cumil n penuh drama..haha
 wth kayra..korean kid..haha
 kakak iza n adik farahiya
 batrisya,irfan n syasya...miss u...hugs!
 me wth baby sist nomi...baru 5 hari lahir ke dunia...=)
 wth icik.....sgt2 rindu dgn budak kecik ni...huhuhu
 wth syasya....love n miss her!!
 lovely Batrisya...miss u dear..hugss!!
 Batrisya yang mbam..wth sist mbam...haha
 syasya n batrisya...i miss them a lot!huh..
 wth aqif Rasydan...the son of Irranun hehehe..miss u qif2!!
 baby arissa.....i miss u sooo much!!! hugsss!!!
 wth arissa....^_^
 so sweet...=)
 chak!!
 pipi pauh d layang...haha
 arissa in da house...^_^V
 tgk apa tu arissa???
 Love
 shakira Az-Zahra....anak pintar..my niece..
 miss u so much dear....
 hihihi...
my niece effa erra n my cousin teacher izza...

pengubat rindu dikejauhan.......^_^

February 6, 2012

Akhirnya dapat juga..^_^

Alhamdulillah syukur ana ucapkan..kerana hari ini..pencarian rumah sewa yang telah d lakukan sejak minggu lalu membuahkan hasil..betapa runsing dan risaunya hati kerana semua kawan-kawan sudah memiliki rumah sewa..sedangkan ana masih tercari-cari lagi..Terima kasih atas bantuan sahabat2 yang empati dengan ana..terutama sekali kepada kak amoi..yg skg ni mmg berada d bumi UPSI..sanggup keluar mencari rumah sewa..namun..tiada juga rezekinya..kerana rumah yang beliau temui hanya boleh d huni awal bulan mac..memikirkan hal itu..di mana harus ana menumpang teduh d bumi upsi setelah habis minggu suai kenal??huhu..risau dan gundah bertamu lagi d hati ana..tapi hati masih kuat memohon bantuan dr Allah..semoga dipermudahkan segala urusan mencari rumah sewa ini.., ana juga mengucapkan terima kasih buat Akhi Hafez yang empati dengan kerisauan dan kebimbangan ana yang masih belum memiliki rumah sewa..beliau juga ada alternatif untuk membantu ana dgn meminta bantuan adiknya untuk mencari dan bertanyakan kepada kawan2 adiknya yang tinggal d sekitar tanjung malim..Ana syukuri dan hargai usaha sahabat2 yang Allah titipkan utk membantu ana mencari rumah sewa ini..sangat2 disyukuri..^_^

Setelah lama tidak berziarah ke laman group DPLI-UPSI..hari ini..digerakkan hati ana utk berziarah ke sana..dengan niat manatahu ada kawan2 yang mencari teman serumah dan ingin update manala tahu ada maklumat2 yang ana terlepas pandang..dan alhamdulillah..seorang sahabat dpli-gstt yang bernama Murni Esro..dan cepat saja mata ana menangkap ayat beliau..

Murni Esro Salam. Sy mencari 2 org housemate. Rumah double storey di tmn U. sila pm di inbox utk pertanyaan. TQ =)
9 hours ago ·  ·  1



belum apa2 lagi..ana sudah mengucapkan Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..terus saja ana pm cik Murni melalui FB.. setelah berbincang..saya akur dan bersetuju utk sama2 menyewa bersama dgn mereka..=) terima kasih Cik Murni..

pada pendapat saya..sangat2 berbaloi rezeki dapat rumah sewa ni..rumahnya double-storey ada 4 bilik 3 tandas..ana dapat masterroom bed..selesa untuk 3 orang dlm satu bilik..ahli rumah semuanya 7 orang termasuk ana..n ana juga akan serumah dan sebilik dengan sahabat ana Julia dr sarawak..sahabat sewaktu sama2 belajar d UMS dulu..dan yang amazingnya..sewa rumah hanya rm150  seorang..kalau d sabah..agak2 dapat kah harga mcm tu ea??

dan Alhamdulillah sekali lagi..urusan rumah sewa ana selesai hari ini..justeru kerisauan dan kegalauan hati ana berkurang..Alhamdulillah...mudah2an hijrah ilmu ana dbumi perak Allah permudahkan dan Allah lindungi..ameen ya Rabbal 'alamin...=)

Sebaik-baik Utusan

Assalamu'alaikum wbt..

Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..sempena memperingati kelahiran kekasih agung Allah ini..marilah kita perbanyakkan selawat ke atas baginda..semoga dengan berselawat kepadanya akan mendekatkan lagi hati2 kita dengan kebaikan dan dapat mengamalkan sunnah2 yang d bawa oleh insan mulia ini...sungguh...cinta baginda buat seluruh umat yang di tinggalkannya hingga ke syurga..kerana atas syafaat baginda la kaki kita akan menjejak Jannah Allah...subhanallah!

Mari kita renungi apa yang diungkapkan oleh Ka'ab bin Zuhayr dalam qasidah beliau...jom kita hayati bersama..hayati dengan hati..bukan setakat mata yang membaca..=)

"tika aku memndang kepada cahaya Bagina yang gemilauan,
 Terpaksa ku letak tapak tangankumenutup mataku,
 Takut mataku ini dek kerana indahnya wajah Baginda,
 Maka tiadalah dapat ku pandang wajah Baginda,
 Melainkan sekadar kemampuanku jua,
 Kau berselawatlah atas Baginda,
 Mudah-mudahan Allah berselawat atas kita,
 Tika menyala-nyala api neraka dan terpercik darinya....."

subhanallah..indahnya wajah kekasih Agung Allah ini.....


Marilah kita renungi pula wasiat Rasulullah s.a.w. yg tidak pernah habis kerana Baginda dikurniakan jawami' al-kalam ,iaitu melafazkan dengan kalimat yang mudah,tetapi terkandung didalamnya ribuan makna yang cukup mendalam.


Jom kita renungi ayat-ayat berikut:


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:


"sesungguhnya Allah telah berbudi ke atas orang beriman,apabila Allah mengutus seorang Rasul daripada kalangan mereka sendiri"( Surah Ali 'Imran 3:164)


Firman Allah s.w.t. lagi,mafhumnya:


"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada dirimu sendiri,berat tertanggung atasnya apa yang kamu deritai,yang amat mengambil berat tentangmu, dengan orang yang beriman Baginda sangat mengasihi dan menyayangi" (surah at-Tawbah 9:128)


Lihatlah betapa beratnya tanggungan Baginda untuk menyelamatkan kita didunia ini hingga akhirat. Apakah tidak perlu kita mengagungkan dan mencintai Baginda??mmm...tanya dan jawab dgn hati nurani kita sendiri...=(..


Seorang Ahli Ibadah Madinah pernah berkata:


"Sesungguhnya aku mencintai Rasul s.a.w. dengan cinta yang paling puncaknya kerana daripada Baginda s.a.w. aku memperoleh belas ihsan Tuhanku.."


Oleh sebab itu..marilah kita mencari jalan iman,tidak berasa cukup hanya dengan menjadi muslim,tetapi kita ingin mencapai maqam mukmin dan muhsin.


Doa golongan solihin antaranya:


"Ya Allah matikan kami dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik)serta iman yang kamil".


Yang di maksudkan dengan iman yang kamil itu ialah iman yang sempurna..kerana iman yang sempurna itu sangat mempunyai faedah,buah dan cahaya yang hanya dirasai oleh mereka yang mencapainya. Dan jalan paling cepat dan selamat untuk masuk ke daerah iman adalah dengan zikrullah serta selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w...

semoga kita umat akhir zaman ini akan dapat merasai kelazatan iman yang kamil...=) insyaallah..sama2 kita usahakan..bukan hanya berusaha mencari rezeki dari segi harta dan wang ringgit..kerana hidayah,iman,ilmu itu juga adalah rezeki dr Allah..


salam rindu,cinta dan kasih buat kekasih hati..Muhammad s.a.w......

February 2, 2012

warna warni kanvasku...

Assalamu'alaikum wbt..

Limpahan syukurku kepada Allah Rabbul 'Izzati..kerana masih diberi kesempatan menjadi hamba dengan sebenar2 sifat hamba..Alhamdulillah..sekarang ni ana cuma menghitung hari untuk meninggalkan keluarga tersayang..x lama lagi ana akan masuk semula ke gelanggang yang akan banyak menuntut perjuangan,kesabaran,keikhlasan,kegigihan,kerajinan..dan bermacam2 'ke' lagi..harap2 semua yg negatif seperti 'kemalasan','ketidaksabaran','keputus asaan','kekecewaan' dan bermacam2 'ke' yg negatif tu tinggal la di airport nnti..hihihi..

Memang benar rezeki itu ditangan Allah..namun untuk mendapatkan sesuatu itu..perlukan usaha..setelah berusaha barulah kita bertawakal kepada yang maha pemberi..pasti Allah akan berikan setimpal dengan usaha yang kita lakukan..^_^

Berbalik kepada rezeki Allah ni..ana rasa sangat bersyukur kerana Allah rezekikan juga pengalaman dan pengajaran buat ana untuk mendidik anak2 bangsa selama hampir 3 tahun diluar bandar..walaupun hanya menjadi seorang 'ustajah' GSTT yang mengajar subjek biasa2 jak(pendidikan islam)..namun peluang yang diberikan dmanfaatkan dgn sebenarnya..teringat kata2 seorang sahabat yang ana gelar sebagai 'akhi' =)..:


"siapa cakap ajar pendidikan Islam tu biasa2..dari segi penghayatannya mata pelajaran tu mencabar dan susah,terutamanya zaman sekarang ni.."


Bila difikir-fikir..memang sgt bernas pendapat 'akhi' ana tu..sebelum mendidik anak bangsa perlu mendidik hati ana sebagai pendidik..barulah dpt mendidik dgn hati penuh rasa ikhlas dan komited..lebih2 lagi bdk2 sekolah rendah ni masih lagi dlm 'foundation stage' so..itulah kunci motivasi agar dapat menjadikan pekerjaan sebagai satu ibadah..pengalaman bekerja bersama dgn sahabat2 yang berlainan prinsip,sikap dan cara bekerja sangat2 mengindahkan dan mewarnakan lagi nilai sebuah pengalaman tu..=)

penantian untuk mendapat pekerjaan tetap dinanti dgn sabar selama hampir 3 tahun..dan syukur..Allah maha mengetahui..maha mendengar rintihan dan doa hamba2nya..masa 3 tahun tidak dibazirkan begitu sahaja..malah sepanjang tempoh 3 tahun inilah ana berusaha belajar memperbaiki diri..syukur sgt2 dgn pengalaman mengajar di tempat yang jauh dari keluarga..sekurang2nya ana boleh berdikari..(walaupun tinggal dgn pakcik sendiri (adik abah) n family dia hehe)..dan persekitaran tempat kerja yang paling banyak membantu ana lebih positif dgn setiap apapun yang berlaku dalam menghadapi setiap resipi kehidupan yang Allah sajikan buat ana...


sekarang ni..sekali lagi ana akan berjauhan dengan keluarga tersayang..bukan hanya dipisahkan selang dua buah daerah..tapi kami dipisahkan laut china selatan..huhuhu..sedih!..demi cita2..ana ikhlas..=) mesti optimis n positif!..selepas ini..daerah Perak Darul Redzuan akan menjadi negeri persinggahan dalam kembara ilmu ana dibumi Allah ini..insyaallah..semuanya akan baik2 saja..mohon doa daripada sahabat2 yaa..=)..


*seharian suntuk mengurus,membeli dan membelah barang2 keperluan yang ditetapkan oleh pihak Universiti..jenuh juga ikut semua syarat2 yang d tetapkan..tp x apa..ana jd skema da skg ni..bosan da asyik ikut peraturan sendiri ja..hehehe..


mood=gumbira+sodey+berdebar2.---------------->Tobecontinue^_^

February 1, 2012

SEGALANYA MILIKMU...





Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan ...

Nukilan : Perindu Kedamaian. ~ Z ~






January 31, 2012

Ku tunggu hadiah dariMU....


Ya Allah,,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi imam dalam hidupku,,
Seseorang yang mencintaiku sungguh lebih dari segala sesuatu,,
Lelaki yang meletakkanku pada posisi kedua dihatinya setelahMu,,
Lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya tapi juga untukMu,,

Ya Allah,,
Wajah tampan dan daya tarik fizikal tidaklah penting,,
Yang paling penting adalah hati yang sangat mencintaiMu,,

Ya Allah,,
Berikan aku lelaki yang memiliki hati yang bijak,,
Bukan hanya otak yang cerdas,,
Lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku,,
Lelaki yang tidak hanya memujiku tetapi juga membimbingku,,
Lelaki yang mencintaiku bukan hanya kerana fizikalku tapi juga hatiku,,
Lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaik dalam setiap waktu,,
Lelaki yang dapat membuatku sebagai seorang wanita saat berada disisinya,,

Ya Allah,,
Aku tidak meminta lelaki yang sempurna sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu,,
Aku hanya meminta lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai pendampingnya,,
Lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya,,
Lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya,,
Lelaki yang memerlukanku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna,,

Ya Allah,,
Aku juga meminta,,
Jadikan aku seorang perempuan yang dapat membuatnya bangga dan bahagia,,
Berikanku sebuah hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMu,,
Bukan mencintainya dengan sekadar cintaku,,

Ya Allah,,
Berikanlah sifatMu yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu,,
Berikanlah aku tanganMu sehingga aku slalu mampu berdoa untuknya,,
Berikanlah aku matamu sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya,,
Berikan aku mulut yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMu sehingga aku dapat menyokongnya setiap hari,,

Ya Allah,,
Bilamana akhirnya kami Engkau temukan,,
Aku harap kami berdua dapat mengatakan
“Maha suci Allah karena telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”,,
Aku tahu bahwa Kau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat,,
Dan aku juga tahu Kau akan membuat segala sesuatu indah pada waktunya,,

Amin Ya Rabbal'alamin....



January 30, 2012

Diam..hanya berbicara dlm sujud..^_^




Mencintai dalam diam, penuh kesederhanaan dan keihklasan serta memberi tanpa meminta dibalas.

Ketika cinta ini hadir dengan tiba-tiba hati ini bertanya, mungkinkah dengan redhanya atau dengan penuh kemurkaan dari Maha Pencipta.

"Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengikuti kebesaran Allah. ( az-zariyat ; 49 )

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnianya kerana Allah Maha Luas (rahmatnya dan limpah kurnianya), lagi Maha Mengetahui." ( an-nur;32)

”Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kalian dari anfus (jiwa-jiwa) kalian sendiri, azwaj (pasangan hidup), supaya kalian bersakinah kepadaNya dan dijadikanNya diantara kalian Mawaddah dan Rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (q.s. Ar-ruum : 21)

Cukup bagiku mencintai dalam diam, bukan kerana membencinya tetapi ingin menjaga kesucian cinta ini bukan menghindari kebahagiaan duniawi tetapi kerana ingin meraih syurganya.

Cukup mencintainya dari kejauhan, kerana hadirnya hanya akan menggoyahkan iman. Hadirnya mungkin saja akan membangkitkan hati yang tidur..

Cukup mencintainya dalam kesederhanaan. Memupuk cinta hanya akan menambahkan kekecewaan dan penderitaan.


Aku mahu mencintai dengan penuh keikhlasan yang lahir dari hati.


Cukup bagiku mencintai dalam diam, melihat dari kejauhan.


Kerana aku tahu tiada siapa yang tahu rencana Tuhan. Mungkin saja cinta ini akan mereput dan melapuk serta hilang begitu sahaja.


Kerana hati ini mudah dibolak-balikkan oleh Pencipta. Serahkan saja rasa ini kepadaNya. Dia akan mengatur semuanya sehingga saat itu akan datang…
InsyaAllah.

                       

January 29, 2012

Cara Diet yang terbaik..


Diet Rasulullah
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
CARA MAKAN
  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya… cubalah…Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek…. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.


Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:
Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
1.Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
2.Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
3.Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
Sama-samalah kita mengamalkannya…
Wallahu a’lam…
Sabda nabi, “Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah… Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya”.