Duniaku indah keranaMU....

Terima kasih Ya Rabbi..kerana sekelilingku..Engkau hadirkan insan-insan yang penuh kasih dan cinta..semoga cinta dan kasih kami hanya dapat dilayarkan sesungguhnya keranaMu..

March 19, 2012

Kebimbanganku....







Sebelum mata ini terlena
Sebelum jasad ini rebah
Sebelum jiwa ini melayang,
Hatiku bimbang, bimbang, dan terus bimbang,
Kebimbangan ini, membuatkan diriku takut.
Takut untuk memejamkan mata.

Andaikata hari ini adalah hari terakhirku,
Hatiku bimbang bila mengenangkan dosaku padaMU,
Hati yang masih kotor, jiwa yang tersangat lemah,
Hatiku bimbang, memikirkan dosaku dengan makhlukMU yang lain..
Sedangkan aku, masih belum memohon ampun dari mereka…

Kebimbangan ini…
Membuatkan diriku tertanya,
Adakah masih ada peluang untukku bernafas esok hari?
Andaikata Engkau memberi peluang untukku hidup
Diriku masih bimbang…
Kerana ku bimbang,
Adakah peluang itu akan ku manfaatkan sebaik mungkin?
Adakah peluang itu akan memberi ruang untukku bertahajud padaMu
Adakah peluang itu akan memilihku menjadi tetamu di RumahMU.

Namun, apapun, KU MOHON..
Andaikata peluang itu masih terbuka,
Maka terimalah taubatku…
Lembutkanlah hati2 makhlukMu untuk memaafkan diriku
Bagilah kesempatan untukku bertahajud padaMU
Pilihlah aku menjadi tetamuMU di kala subuh hari.
Berilah padaku kekuatan untuk bermujahadah.
HANYA PADAMU KU KEMBALI.
KU BERSERAH SEGALANYA…

March 15, 2012

ANDAI BENAR AKU MENJADI PILIHANMU....

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.


Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya...
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.

Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”
Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu. Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju. Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu. Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.

Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba...
.




















TASBIH CINTA....

Tasbih Cinta~~

Sebutir demi sebutir tasbih ku gerakkan dijemariku...
Bibirku pula tak henti-henti meratib asma' yang satu...
Hati ini buntu..
Hati ini dihambat resah..Hati ini pilu..
Hati ini sakit..
Hati ini bingung..

Apa sebenarnya yang ku mahu???
Suara hatiku mengasak soal dalam qalbu..
Hanya DIA yang ku mahu..
Hanya DIA yang ku rindu..
Hanya DIA yang ku perlu..
Hanya DIA..DIA..dan DIA..

Tapi fana dunia sering menghambat perjalananku..
TUHAN ku..
Hamba hina kembali bersujud pada-MU..
Ampunkan segala khilafku..
Pimpinilah langkah perjalananku..
Hamba kerdil tertunduk merayu..
Ampuni hambamu wahai TUHAN ku..


March 1, 2012

Lelaki Acuan Al-Quran...

Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan Ilmu
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan Ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai mush yang bersifat jembalang

Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menghormati Ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan Isteri mendalami Agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan Al-Quran sentiasa bersedia utk agamanya
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca dan bekerja
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya dengan penuh kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran....


* dedikasi buat sahabat baik dunia akhiratku..yang pada dirinya ku melihat ciri lelaki acuan Al-Quran..si 'Pemelihara Agama'...