Duniaku indah keranaMU....

Terima kasih Ya Rabbi..kerana sekelilingku..Engkau hadirkan insan-insan yang penuh kasih dan cinta..semoga cinta dan kasih kami hanya dapat dilayarkan sesungguhnya keranaMu..

December 14, 2012


HYEEE...=)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, secara umumnya ramai yang ingin berdiet untuk mendapatkan berat badan yang unggul tetapi sering kali GAGAL. Ini kerana mereka berdiet tetapi melakukan banyak kesilapan paling besar untuk berdiet. Kesilapan berikut TIDAK akan membantu mereka kurangkan berat badan. Berikut disenaraikan 10 kesilapan paling besar untuk berdiet yang dikongsikan oleh Kevin Zahri iaitu seorang pelatih peribadi dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam dunia kesihatan dan kecergasan..


1. Skip hidangan
- Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.

2. Cuma makan 3 hidangan sehari
- 3 Hidangan TAK cukup untuk mengawal nafsu makan dan meningkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.

3. Makan tak cukup
- Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

4. Elak nasi
- Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.

5. Ikut diet membuta
- Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.

6. Harapkan makanan tambahan
- Herbalife anyone? Tiada masalah dengan Herbalife atau mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.


7. Tak tahu keperluan kalori diri
- Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.

8. Elak makanan tempatan
- Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.

9. Terlalu fokus kepada satu perkara
- Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.

10. Diet jangka masa pendek
- Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.

P/s: Jadi yang nak berdiet tu pastikan jangan membuat kesilapan seperti ini lagi ye.. Semoga berjaya :)

December 3, 2012

Saat Ujian Bertandang...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari demi hari di lalui..sebilangan hari yang di lalui seperti biasa..sebilangan hari lagi dilalui dengan sangat sukar..sebilangan hari lagi dilalui dengan senyuman..tetapi hati berdarah...
sungguh..hati ini sangat kecil..tetapi hati yang kecil ini sangat besar impaknya bila sesuatu terjadi padanya..kini..saat Allah memandangku...ketika DIA memandangku..DIA bawakan 'Hadiah' untukku...itulah hadiah sebuah Ujian...semoga dengan ujian itu hatiku yg dimiliki sepenuhnya oleh DIA makin dekat lagi denganNYA...subhanaallah..tiada kekuatan utk ku menghadapinya..di saat aku jauh dari nasihat abah dan mama..di saat aku jauh dr jemaah..di saat aku jauh dr sahabat ku tecer Nurhaizah...kata2 keramatnya sentiasa ku bawa kemana2..'sabar'..ujian dan dugaan itu hanya utk org2 yg terpilih sahaja...hatiku umpama terkena siraman ais batu..tenang seketika..tp fikiran masih buntu...terlalu banyak persoalan yang bermain di minda dan d hati..terkadang ada rasa utk mempersoalkan apa yg terjadi..lantas bibir segera beristighfar.."bie...kenapa perlu kecewa dgn sesuatu yang bukan milikmu..lantas yang memilikimu sahaja sudah cukup membahagiakanmu..kerana DIA yg memilikimu  maha segala2nya..=) syukur..aku masih mampu tersenyum..masih mampu menghiburkan org2 sekeliling..

Teringat kata-kata semangat dari belahan jiwa si'pemelihara agama'..apa yg hilang pasti Allah gantikan dengan yang lebih baik..sgt2 yakin dgn ayat itu..keyakinan itu bukan hanya di bibir..tp sedang meresap keseluruh urat nadi..kembali bermuhasabah diri..justeru..ku pahatkan sedalam2nya ke dlm jiwa,hati dan fikirku..mulai sekarang..aku perlu bermujahadah untuk menjadi yang lebih baik..agar Allah sediakan yg terbaik buatku...tiada tempat utkku merintih..tiada tempat utk bersedih..kerana segenap kesedihan pasti dibalas dgn kebahagiaan..hanya menunggu saat dan masa itu tiba..ya!!! bangkitlah dr kesedihan yang membelenggu!!! tiada guna kecewa dengan tingkah manusia..kerana lumrahnya manusia tiada yang sempurna..

Buat belahan jiwaku si'pemelihara agama'......Allah maha bijak mengatur sesuatu..apa yang dikehendakiNYA..pasti akan terjadi..semoga sentiasa dlm Redha dan Kasih Sayang Allah....ameen...

~Untukmu tak ada Masalah~....

March 19, 2012

Kebimbanganku....







Sebelum mata ini terlena
Sebelum jasad ini rebah
Sebelum jiwa ini melayang,
Hatiku bimbang, bimbang, dan terus bimbang,
Kebimbangan ini, membuatkan diriku takut.
Takut untuk memejamkan mata.

Andaikata hari ini adalah hari terakhirku,
Hatiku bimbang bila mengenangkan dosaku padaMU,
Hati yang masih kotor, jiwa yang tersangat lemah,
Hatiku bimbang, memikirkan dosaku dengan makhlukMU yang lain..
Sedangkan aku, masih belum memohon ampun dari mereka…

Kebimbangan ini…
Membuatkan diriku tertanya,
Adakah masih ada peluang untukku bernafas esok hari?
Andaikata Engkau memberi peluang untukku hidup
Diriku masih bimbang…
Kerana ku bimbang,
Adakah peluang itu akan ku manfaatkan sebaik mungkin?
Adakah peluang itu akan memberi ruang untukku bertahajud padaMu
Adakah peluang itu akan memilihku menjadi tetamu di RumahMU.

Namun, apapun, KU MOHON..
Andaikata peluang itu masih terbuka,
Maka terimalah taubatku…
Lembutkanlah hati2 makhlukMu untuk memaafkan diriku
Bagilah kesempatan untukku bertahajud padaMU
Pilihlah aku menjadi tetamuMU di kala subuh hari.
Berilah padaku kekuatan untuk bermujahadah.
HANYA PADAMU KU KEMBALI.
KU BERSERAH SEGALANYA…

March 15, 2012

ANDAI BENAR AKU MENJADI PILIHANMU....

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.


Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya...
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.

Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”
Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu. Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju. Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu. Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.

Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba...
.




















TASBIH CINTA....

Tasbih Cinta~~

Sebutir demi sebutir tasbih ku gerakkan dijemariku...
Bibirku pula tak henti-henti meratib asma' yang satu...
Hati ini buntu..
Hati ini dihambat resah..Hati ini pilu..
Hati ini sakit..
Hati ini bingung..

Apa sebenarnya yang ku mahu???
Suara hatiku mengasak soal dalam qalbu..
Hanya DIA yang ku mahu..
Hanya DIA yang ku rindu..
Hanya DIA yang ku perlu..
Hanya DIA..DIA..dan DIA..

Tapi fana dunia sering menghambat perjalananku..
TUHAN ku..
Hamba hina kembali bersujud pada-MU..
Ampunkan segala khilafku..
Pimpinilah langkah perjalananku..
Hamba kerdil tertunduk merayu..
Ampuni hambamu wahai TUHAN ku..


March 1, 2012

Lelaki Acuan Al-Quran...

Lelaki acuan Al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan Ilmu
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan Ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai mush yang bersifat jembalang

Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menghormati Ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan Isteri mendalami Agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan Al-Quran sentiasa bersedia utk agamanya
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca dan bekerja
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya dengan penuh kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran....


* dedikasi buat sahabat baik dunia akhiratku..yang pada dirinya ku melihat ciri lelaki acuan Al-Quran..si 'Pemelihara Agama'...



February 7, 2012

Tanda ingatan buat anak-anak 'FRUIT'...

anak-anak 'FRUIT' yang manis2..hehe
 budak baru bangun tidur..masih bad mood...hihi
 monyoknyaa adik farahiya....alalala
 lovely yana....
 sayang semuanyaaa....hugs!!
 with Yana n Farahiyah adeeba...n kakak ujik..mom izza..=)
 peace!!



 farahiyah n ezmal...rinduuu....
 farahiya n ezni Haziq....peace ejni..hihi
 'saaaayaaaang kakak bu...' said ezni...^_^
 with Dhiya...cumil n penuh drama..haha
 wth kayra..korean kid..haha
 kakak iza n adik farahiya
 batrisya,irfan n syasya...miss u...hugs!
 me wth baby sist nomi...baru 5 hari lahir ke dunia...=)
 wth icik.....sgt2 rindu dgn budak kecik ni...huhuhu
 wth syasya....love n miss her!!
 lovely Batrisya...miss u dear..hugss!!
 Batrisya yang mbam..wth sist mbam...haha
 syasya n batrisya...i miss them a lot!huh..
 wth aqif Rasydan...the son of Irranun hehehe..miss u qif2!!
 baby arissa.....i miss u sooo much!!! hugsss!!!
 wth arissa....^_^
 so sweet...=)
 chak!!
 pipi pauh d layang...haha
 arissa in da house...^_^V
 tgk apa tu arissa???
 Love
 shakira Az-Zahra....anak pintar..my niece..
 miss u so much dear....
 hihihi...
my niece effa erra n my cousin teacher izza...

pengubat rindu dikejauhan.......^_^