Duniaku indah keranaMU....

Terima kasih Ya Rabbi..kerana sekelilingku..Engkau hadirkan insan-insan yang penuh kasih dan cinta..semoga cinta dan kasih kami hanya dapat dilayarkan sesungguhnya keranaMu..

January 30, 2012

Diam..hanya berbicara dlm sujud..^_^




Mencintai dalam diam, penuh kesederhanaan dan keihklasan serta memberi tanpa meminta dibalas.

Ketika cinta ini hadir dengan tiba-tiba hati ini bertanya, mungkinkah dengan redhanya atau dengan penuh kemurkaan dari Maha Pencipta.

"Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengikuti kebesaran Allah. ( az-zariyat ; 49 )

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnianya kerana Allah Maha Luas (rahmatnya dan limpah kurnianya), lagi Maha Mengetahui." ( an-nur;32)

”Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kalian dari anfus (jiwa-jiwa) kalian sendiri, azwaj (pasangan hidup), supaya kalian bersakinah kepadaNya dan dijadikanNya diantara kalian Mawaddah dan Rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (q.s. Ar-ruum : 21)

Cukup bagiku mencintai dalam diam, bukan kerana membencinya tetapi ingin menjaga kesucian cinta ini bukan menghindari kebahagiaan duniawi tetapi kerana ingin meraih syurganya.

Cukup mencintainya dari kejauhan, kerana hadirnya hanya akan menggoyahkan iman. Hadirnya mungkin saja akan membangkitkan hati yang tidur..

Cukup mencintainya dalam kesederhanaan. Memupuk cinta hanya akan menambahkan kekecewaan dan penderitaan.


Aku mahu mencintai dengan penuh keikhlasan yang lahir dari hati.


Cukup bagiku mencintai dalam diam, melihat dari kejauhan.


Kerana aku tahu tiada siapa yang tahu rencana Tuhan. Mungkin saja cinta ini akan mereput dan melapuk serta hilang begitu sahaja.


Kerana hati ini mudah dibolak-balikkan oleh Pencipta. Serahkan saja rasa ini kepadaNya. Dia akan mengatur semuanya sehingga saat itu akan datang…
InsyaAllah.

                       

No comments:

Post a Comment