Duniaku indah keranaMU....

Terima kasih Ya Rabbi..kerana sekelilingku..Engkau hadirkan insan-insan yang penuh kasih dan cinta..semoga cinta dan kasih kami hanya dapat dilayarkan sesungguhnya keranaMu..

February 6, 2012

Sebaik-baik Utusan

Assalamu'alaikum wbt..

Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..sempena memperingati kelahiran kekasih agung Allah ini..marilah kita perbanyakkan selawat ke atas baginda..semoga dengan berselawat kepadanya akan mendekatkan lagi hati2 kita dengan kebaikan dan dapat mengamalkan sunnah2 yang d bawa oleh insan mulia ini...sungguh...cinta baginda buat seluruh umat yang di tinggalkannya hingga ke syurga..kerana atas syafaat baginda la kaki kita akan menjejak Jannah Allah...subhanallah!

Mari kita renungi apa yang diungkapkan oleh Ka'ab bin Zuhayr dalam qasidah beliau...jom kita hayati bersama..hayati dengan hati..bukan setakat mata yang membaca..=)

"tika aku memndang kepada cahaya Bagina yang gemilauan,
 Terpaksa ku letak tapak tangankumenutup mataku,
 Takut mataku ini dek kerana indahnya wajah Baginda,
 Maka tiadalah dapat ku pandang wajah Baginda,
 Melainkan sekadar kemampuanku jua,
 Kau berselawatlah atas Baginda,
 Mudah-mudahan Allah berselawat atas kita,
 Tika menyala-nyala api neraka dan terpercik darinya....."

subhanallah..indahnya wajah kekasih Agung Allah ini.....


Marilah kita renungi pula wasiat Rasulullah s.a.w. yg tidak pernah habis kerana Baginda dikurniakan jawami' al-kalam ,iaitu melafazkan dengan kalimat yang mudah,tetapi terkandung didalamnya ribuan makna yang cukup mendalam.


Jom kita renungi ayat-ayat berikut:


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:


"sesungguhnya Allah telah berbudi ke atas orang beriman,apabila Allah mengutus seorang Rasul daripada kalangan mereka sendiri"( Surah Ali 'Imran 3:164)


Firman Allah s.w.t. lagi,mafhumnya:


"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada dirimu sendiri,berat tertanggung atasnya apa yang kamu deritai,yang amat mengambil berat tentangmu, dengan orang yang beriman Baginda sangat mengasihi dan menyayangi" (surah at-Tawbah 9:128)


Lihatlah betapa beratnya tanggungan Baginda untuk menyelamatkan kita didunia ini hingga akhirat. Apakah tidak perlu kita mengagungkan dan mencintai Baginda??mmm...tanya dan jawab dgn hati nurani kita sendiri...=(..


Seorang Ahli Ibadah Madinah pernah berkata:


"Sesungguhnya aku mencintai Rasul s.a.w. dengan cinta yang paling puncaknya kerana daripada Baginda s.a.w. aku memperoleh belas ihsan Tuhanku.."


Oleh sebab itu..marilah kita mencari jalan iman,tidak berasa cukup hanya dengan menjadi muslim,tetapi kita ingin mencapai maqam mukmin dan muhsin.


Doa golongan solihin antaranya:


"Ya Allah matikan kami dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik)serta iman yang kamil".


Yang di maksudkan dengan iman yang kamil itu ialah iman yang sempurna..kerana iman yang sempurna itu sangat mempunyai faedah,buah dan cahaya yang hanya dirasai oleh mereka yang mencapainya. Dan jalan paling cepat dan selamat untuk masuk ke daerah iman adalah dengan zikrullah serta selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w...

semoga kita umat akhir zaman ini akan dapat merasai kelazatan iman yang kamil...=) insyaallah..sama2 kita usahakan..bukan hanya berusaha mencari rezeki dari segi harta dan wang ringgit..kerana hidayah,iman,ilmu itu juga adalah rezeki dr Allah..


salam rindu,cinta dan kasih buat kekasih hati..Muhammad s.a.w......

No comments:

Post a Comment